Tabiat Landak raya

Sewaktu Inventori Kepelbagaian Biologi Taman Negara 2005 di Pahang, seekor Landak Raya telah dicerap oleh kumpulan PERHILITAN-ATM. Dapat disimpulkan bahawa Landak Raya :

  • mampu begerak pantas apabila terdesak, dan
  • memilih menuruni kawasan tanah tinggi, dan bukan mendaki bagi melarikan diri, serta mampu mengesan kehadiran awal musuh / haiwan lain.

Apabila baru 100 meter mendaki, kumpulan ini menemui timbunan tanah merah kira-kira 1 meter tinggi, iaitu struktur sarang Landak Raya.

  • sarangnya merupakan lubang sedalam lebih kurang 5 meter yang bersambung-sambung.
  • tanah lubang yang digalinya, dibuang setempat, membentuk timbunan tanah di hadapan lubang sarangnya.
  • terdapat dua lorong keluar-masuk bagi sarangnya.
  • banyak bulu Landak Raya yang gugur ditemui bercampur dengan tanah di timbunan sisa tanah.
  • jejak kakinya jelas kelihatan pada lorong keluar-masuk sarangnya.
  • terdapat minimum tiga pintu lubang keluar (bersaiz muat badan sahaja) dan satu pintu masuk (bersaiz lebih besar)